Monday, 3 October 2011

Interaksi 7 - Kaedah Penilaian Bahasa

Tajuk : Penilaian Melalui Pembelajaran Kontrak

Konsep Pembelajaran Kontrak
Dikenali sebagai Perjanjian Pembelajaran serta merupakan persetujuan atau kontrak yang dibuat antara guru dengan murid berdasarkan tugasan yang dibuat.

Ciri-ciri :

• Bentuk akhir tugasan dihasilkan
• Bagaimana tugasan dihasilkan samada secara individu atau kumpulan 
• Tempoh menyiapkan tugasan
• Kaedah penilaian dibuat 
• Tindakan yang akan diterima oleh pihak yang melanggar kontrak

Kontrak pada kebiasaanya memerlukan persetujuan daripada kedua-dua belah pihak melalui tandatangan yang menyatakan bahawa mereka patuh dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan. 

FUNGSI

• Mengenal pasti dan merekod objektif dan matlamat pembelajaran kendiri
• Kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat jangka masa pelaksanaan dan 
penghasilannya
• Bukti menunjukkan objektif tercapai
• Bagaimana dan pada tahap mana hasil pembelajaran akan dinilai
• Memberi peluang pelajar menentukan matlamat pembelajaran masing-masing mengikut 
minat dan keupayaan sendiri
• Menghasilkan kerja yang terancang
• Membantu pelajar membuat refleksi sepanjang proses kerjanya

BAGAIMANA IANYA DIGUNAKAN


1. Penilaian objektif tugasan
• Objektif ditentukan oleh guru sementara pelajar menetapkan pelaksanaannya ATAU
• Beberapa set objektif disarankan oleh guru, pelajar memilih mana-mana yang 
difikirkan sesuai ATAU
• Pelajar merangka beberapa objektif, dan kemudian pilih mana-mana paling sesuai 
dengan persetujuan guru
2. Hasil Pembelajaran
• Pelajar bertanggungjawab terhadap strategi pembelajaran, bentuk tugasannya (sama 
ada dalam bentuk portfolio, laporan kajian, rencana dll)
• Jenis atau bentuk hasil pembelajaran telah ditentukan oleh guru
3. Penilaian
• Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk keseluruhan 
proses pelaksanaan tugasan
• Guru menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan proses 
pelaksanaan tugasan
• Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan kriteria 
yang ditentukan
• Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau penilaian 
tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaanya

No comments:

Post a Comment