Monday, 3 October 2011

Interaksi 6 - Kaedah Penilaian Bahasa

1. Penilaian Melalui Portfolio

~ satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama.

ciri-ciri :
  • portfolio berbentuk dokumentasi, berstruktur yang memerlukan perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang berkualiti.
  • proses pembelajaran melalui portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kreatif dan kritis serta pemilihan maklumat dari peringkat awal hingga akhir.
  • kaedah ini menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama, bantuan dan sumbangan dari semua pihak.
  • kandungan portfolio terdiri daripada maklumat yang disusun secara urutan dan mengikut logik portfolio yang bersifat reflektif yang dirangsangkan melalui soalan2.
~ jenis2 portfolio yang boleh dibina :
  • portfolio kerja harian - bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan untuk waktu yang diberikan.
  • portfolio hasil terbaik - dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio keja harian. ini berbentuk sumatif.
  • portfolio dokumen - hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan portfolio kerja harian.
~ kegunaan portfolio :
  • membolehkan guru2 menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot untuk menghasilkan penilaian holistik.
  • mengekalkan galakan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan kendiri, menentukan matlamat dan merasa bangga dengan hasil pencapaian sendiri.
  • membolehkan guru memantau pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan pelajar dari segi kemahiran2, pengetahuan dan kefahaman.
~ perancangan sebelum membuat portfolio :
  • menentukan tujuan dan seterusnya jenis portfolio.
  • isi kandungan portfolio.
  • pemilihan isi kandungan bahan dan sumber portfolio.
  • penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian sama ada secara keseluruhan, kumpulan atau individu termasuklah kriteria yang diguna pakai untuk menilai.
2. Penilaian Melalui Pemerhatian
~ pemerhatian dilakukan secara berterusan dan mengikut jangka waktu yang diperlukan / ditentukan bagi membantu guru mendapat maklum balas dalam pengajaran dan pembelajaran meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor.
~ cara ini boleh dilaksanakan secara senarai semak, rekod anekdot,rekod profil.
~ kualiti pemerhatian :
  • guru mempunyai sifat2 pemerhati iaitu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan dan persekitaran.
  • ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil dalam sesuatu situasi.
  • tekal dan stabil dalam penilaiannya.
~ bentuk perancangan :
  • menyediakan alat relevan dan menentukan kaedah untuk mentadbirnya.
  • menentukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor.
  • merangka tindak susur yang akan dijalankan mengikut konsikuen yang dijalankan daripada pemerhatian itu.
~ merekod penilaian pemerhatian
  • rekod pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkah laku yang tersusun dari segi pendekatan atau kaedah kumpulan atau individu.
  • cara merekodkan dapatan dan rumusan direkod mengikut urutan yang betul.
  • tindakan susulan rekod pemerhatian hendaklah juga menjelaskan tindak susulan yang akan dilaksanakan mengikut hasil yang dicapai.
  • rekod anekdot - boleh digunakan untuk menilai kecekapan / kecerdasan individu dalam bidang2 tertentu seperti kecekapan linguistik/bahasa, kecekapan muzik, kecekapan pergerakan badan, kecekapan intrapersonal.
~ jenis2 pemerhatian
  • memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsiran dan tanggapan dengan melapor apa yang dilihat sahaja.
  • memerhati apa2 yang telah dirancang dan secara "open-ended" iaitu menilai / memerhati kemahiran tertentu, pengetahuan dan perlakuan.
  • memerhati untuk jangka pendek dan jangka panjang.
~ strategi pelaksanaan
  • secara berterusan mengikut keperluan yang telah dikenalpasti/yang dirancang.
  • guna senarai semak/rekod anekdot.
  • secara global / analitik mengikut objektif pengajaran dan pembelajaran.
  • proses merekod dan menganalisis boleh dibuat dengan menggunakan pensel dan kertas/secara berkomputer mengikut keperluan dan kesesuaian.
  • tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian hendaklah dibuat selepas mengkaji kesan dan implikasinya ke atas pelajar.
  • jangka masa pemerhatian hendaklah disesuaikan dengan keperluan dan keadaan.
  • maklum balas diperolehi melalui pemerhatian guru / tindak balas pelajar.
  • refleksi tentang pengalaman boleh dikategorikan sebagai pemerhatian.
~ fungsi penilaian melalui pemerhatian
  • guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor afektif dan kognitif pelajar.
  • guru membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan peranannya sebagai penyampai maklumat, pemudah cara, tutor dan pendidik.

No comments:

Post a Comment